rahasia di balik rahasia
Tuan-tuan dan puan-puan
yang dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita membicarakan
soal mengenal, memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata
kita masih lagi tidak dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana
yang masih lagi tidak dapat untuk menghayati dan tidak dapat untuk
memahami kaedah-kaedah atau cara-cara bagaimana untuk memandang Allah.
Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas, namun itu hanya satu
ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di
kalangan kita yang masih lagi tidak dapat untuk membenarkan ungkapan
bahawa Allah itu nyata, terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan
di sini bahawa terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah.
Dekat atau hampirnya antara mata hitam dengan mata putih ternyata dekat
dan hampir lagi Allah.
Persoalannya di sini,
kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah
kita semua tahu yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam?
Bilamana Allah meliputi sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat,
tertilik dan kenapa masih lagi tidak terpandang Allah. Semua tahu dan
semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam tetapi
kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat Allah pada sekalian
alam?
Tuan-tuan tahukah apa erti
meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua sekali” iaitu bermaksud tidak ada
lain selainnya. Sekarang jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah,
masih mahu kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu
tengok Allah, sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil
sebiji gelas kaca (gelas yang cerah).
Sekarang berhenti membaca
kitab dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas (gelas
cerah), sebagaimana yang saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat
barokah guru, sila buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya
diambil dan pegang gelas itu dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah
dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta tuan-tuan tilik, tengok
dan pandang betul-betul kepada gelas kaca tersebut. Apakah gelas itu,
kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika benar-benar gelas itu gelas
kaca, maka tiliklah baik-baik dengan mata hati.
Pastikan betul-betul bahawa
gelas yang dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain
selain kaca. Sebagaimana yang kita tahu, gelas adalah diperbuat dari
kaca manakala kacanya pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur
dengan api, tidak bercampur dengan batu dan tidak bercampur dengan
selain kaca. Gelas itu adalah gelas yang mutlaknya diperbuat sepenuhnya
dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut. Saya mahu tuan-tuan
ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari kaca, yang tidak sedikitpun
bercampur unsur-unsur selain kaca.
Setelah ianya benar-benar
gelas kaca, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Ada atau
tidak gelas itu bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika
jawapannya benar-benar diperbuat dari kaca, bermakna di sini, gelas
tersebut adalah “meliputi kaca sepenuhnya”.
Pertanyaan yang kedua,
apakah erti meliputi? Seumpama “meliputi”nya kaca pada gelas? Jika
jawapannya kaca meliputi gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah
membawa maksud “semua sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca
(itulah maksud atau erti meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu
“meliputi” kaca, bererti gelas itu “semua sekali” kaca. Ambil pehatian
kepada perkataan “meliputi” dan perkataan “semua sekali”. Erti, makna
atau maksud meliputi di sini, adalah merujuk kepada maksud “semua
sekali”. Semua sekali gelas itu, adalah kaca, iaitu kaca yang tidak ada
sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah benar semua
sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang dikata
itu, mari kita ikuti langkah selanjutnya.
Setelah benar-benar kaca
meliputi sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca,
iaitu kaca sepenuhnya yang tidak sedikitpun bercampur dengan yang lain
selain kaca. Apakah maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan
“meliputi” di situ adalah membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu
bermaksud “semua sekali”. Ertinya gelas itu semua sekalinya kaca.
Berbalik kita kepada
perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan untuk
menentukan kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa
perkataan meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.
Allah Taala itu meliputi
sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti
semua sekali, berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah
meliputi Allah (semua sekali Allah). Allah meliputi sekalian alam,
bererti “semua sekali alam ini adalah Allah” (Allah semua sekali).
Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas
ertinya gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya
alam itu semua sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini untuk tidak
ada Allah (inilah erti meliputi).
GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG
Cuba tuan-tuan perhatikan
kiasan gambaran di atas baik-baik dengan penglihatan yang jernih. Semua
gelas itu adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua
sekali kaca) dan kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar
manusia. Tidakkah manusia itu diliputi, diselimuti atau yang meliputinya
Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di manakah di atas diri
kita itu, yang tidak ada Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan
meliputi diri kita. Seluruh jasad kita telah Allah liputi, setelah Allah
meliputi diri kita, bermakna di sini, tubuh kita itu, tidak ada ruang
yang tidak ada Allah. Di dalam jasad, di luar jasad, di kiri kanan
jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu, adalah
telah meliputi Allah. Tidak ada ruang untuk adanya jasad diri kita
melainkan yang ada itu, itulah Allah.
Bilamana Allah meliputi
diri kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan
di luar kulit, di dalam daging dan di luar daging kita itu, telah
meliputinya Allah. Sehingga tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak
ada ruang untuk adanya daging, tidak ada ruang untuk adanya diri kita,
melainkan Allahlah yang meliputi segalanya. (Allahlah segala-galanya
atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah menyelimuti atau meliputi
diri kita, sudah tentu tidak ada ruang untuk adanya sifat-sifat yang
lain, selain Allah Taala.
Semua dan malah boleh
dikatakan seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah
sehingga tidak ada peluang langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging,
tulang, kulit, urat, jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau
tidak peluang sama sekali untuk tumbuh atau terbentuk diri kita. Tidak
akan ada peluang untuk ada yang lain, bilamana Allah sudah meliputi diri
kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas, sebegitulah
meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca meliputi
seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan lagi, bilamana Allah
meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan kita
ini, hanya tinggal pada panggil-panggilan nama yang sesungguhnya tidak
ada.
Saya mahu tuan-tuan pegang
gelas, sekarang sudah tuan-tuan pegang gelasnya? Jika gelas sudah
dipegang, inginlah saya ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah
yang dikatakan gelas? Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah yang
dikatakan gelas? Sedangkan yang tuan-tuan pegang itu, adalah “kaca”,
yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca, manakah yang dikatakan gelas?
Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu gelas, cuba tunjuk, manakah
yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yang dikatakan gelas? Yang
dipegang itu, adalah kaca, yang ditunjuk itu, adalah kaca dan yang
dilihat itu, adalah kaca, mana yang dikatakan gelas? Inilah yang
dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi
tertilik gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca
pada gelas itu.
Kemudian cuba alihkan
perhatian tuan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang cuba jawab
pertanyaan saya. Sekarang saya mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan
jawab, biarpun sekadar jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan?
Sekarang jawab. Seandainya diri tuan-tuan bernama Abdullah, sekarang
saya minta tunjukkan, mana yang dikatakan Abdullah atas diri tuan-tuan.
Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu dada dan yang
tuan-tuan angkat itu tangan, manakah yang dikatakan Abdullah? Saya minta
tunjukkan Abdullah di atas diri tuan-tuan itu di mana? Cuba tunjuk,
mana Abdullah? Inilah yang menggambarkan bahawa sebenar-benar diri kita
tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala
(Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat
dengan sifat ada).
Dengan yang demikian, saya
dengan rasa rendah diri, memohon kepada sidang pembaca dan pendengar
yang dirahmati Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat
ini dan detik ini, marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh
percaya dan dengan sepenuh yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian
alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian jasad diri kita. Oleh
itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian jasad
diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad. Setelah jasad terlebur,
maka sesungguhnya yang terlihat itu, itulah Allah, yang terpandang itu,
itulah Allah, yang tertilik itu, itulah Allah Taala (dengan syarat
jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya
Allah Taala.
Lihat gelas sekali lagi,
sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan-tuan
kepada diri tuan-tuan sekali lagi, sesungguhnya diri tuan-tuan itu,
sesungguh dan sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada
hakikanya adalah tidak ada, yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu,
adalah hanya Allah Taala.
Cuba lihat di atas langit,
sekarang saya mahu tuan-tuan dongak muka kalian ke arah langit. Benar
atau tidak yang Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit
dan Allah juga di bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula
bumi yang kalian pijak ini, benar atau tidak yang Allah itu di dalam
bumi dan Allah juga di luar bumi?
Cuba pula tuan-tuan dan
puan-puan tilik kepada diri tuan-tuan sendiri. Cuba lihat betul-betul.
Benar atau tidak yang Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari
di manakah dalam diri kita ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang
tidak ada Allah dalam diri kita. Melainkan Allahlah yang meliputi diri
kita, yang sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri kita
yang tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).
Cari di dalam diri kita
masing-masing, manakah tempatnya yang tidak ada Allah! Di dalam lidah
dan di luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dalam mulut dan di luar
mulut, wujud dan ada Allah. Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud
dan ada Allah. Di dalam kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah.
Di luar jasad dan di dalam jasad, wujud dan ada Allah. Di dalam darah
dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di luar
daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yang tidak ada
Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi
sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu diliputi dan
dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yang
meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini,
diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.
Bilamana Allah Taala sudah
meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam diri kita,
bererti diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah
memenuhi dan sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih
lagi tidak tertilik dan tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana
Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi sekalian ruang, segala masa,
segala rongga, segala tempat, segala jarak dan segala waktu, apakah
masih terlihat lagi selain Allah?
Memenuhi itu ertinya
meliputi dan meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan
memenuhi Allah itu, akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan
segala jarak. Sesudah meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada
sekalian diri, apakah masih lagi terlihat selain Allah? Sebagaimana
perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah Taala
atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada yang lain lagi
selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi gelas, begitulah meliputinya
Allah atas diri kita sehingga tidak terpandang lagi kepada yang lain
selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak tertilik lagi
penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik, terlihat
dan ternampak Allah.
Perhatikan sekali lagi
terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dengan
sifat kaca. Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan-tuan kiaskan
kepada diri tuan-tuan. Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu
jugalah diri kita. Diri kita itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah
semua sekali). Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah
sekadar nama sebut-sebutan sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu
bererti semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah
semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah semua
sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah
Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.
Dalam kita melihat,
memandang atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan menilik
dengan yakin dan dengan percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu
meliputi sekalian alam (semua sekali Allah). FirmanNya:
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Aku”
Firman di atas, sudah
memang jelas sejelas-jelasnya bahawa Allah Taala itu meliputi (semua
sekali). Tidak ada arah yang tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang
tubuh ada Allah dan pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi
tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi
(semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan
percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada ruang yang tidak ada Allah,
kenapa masih lagi tidak terlihat Allah.
Di alam ini, sesunguhnya
tidak ada tempat yang tidak ada Allah, kerana Allah memenuhi ruang,
memenuhi waktu dan memenuhi tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak
terpandang Allah. Nak nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah
lagi Allah itu? Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang
lagi Allah dan dekatnya di antara mata putih dengan mata hitam,
sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, kenapa sampai tuan tidak
tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tambahan
pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih tidak tertilik,
kenapa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak terpandang Allah?
Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri kenapa, kenapa dan kenapa?
Pengajaran sudah sampai
dengan jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa masih juga
tidak faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman
tuan-tuan? Saya kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah
lebih dari cukup dan terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat
barokah kefahaman dalam bidang ilmu makrifat itu, seharusnya tuan-tuan
ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu, harus ada adab dan
kaedahnya yang tersendiri.
Untuk mendapat faham dalam
bidang ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun
adab atau caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan
guru. Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas
kaca, hendaklah tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan
tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar pegang gelas dan tilik, barulah
ilmu guru itu menjadi barokah (berkat) dan barulah kefahaman ilmu itu
boleh meresap masuk ke dalam jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh
berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru,
itulah makanya tuan-tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah
tidak jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih tidak
percaya kepada Allah Taala?
Meliputinya Allah itu,
seumpama kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di lautan.
Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung
minggu, sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya
mampir buat seketika ke tepi pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk
menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah lautan yang luas. Di situ,
hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang lautan itu, lepaskan
pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah buih-buih di
lautan. Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati
masing-masing bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya
hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada tanggapan akal.
Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya adalah
lautan AIR.
Begitulah, meliputinya
lautan air pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar kelihatan
seumpama ombak, sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan
AIR. Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak,
meliputinya air laut di dalam gelombang dan meliputi air di dalam buih,
itulah tandanya gelombang tidak ada, gelora tidak ada. Ombak tidak ada,
buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan AIR.
Begitulah hendaknya kita
semua insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu, ditafsirkan
meliputinya Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian
alam. Bilamana meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada
gelombang, begitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu
meliputinya Allah pada tangan, meliputinya Allah pada mata, meliputinya
Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah pada diri sendiri dan
meliputinya Allah pada seru sekalian alam.
Tidak ada ruang pada ombak
untuk tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang untuk tidak
adanya air laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air
laut. Begitu juga tidak ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah.
Tidak ada ruang pada kaki untuk tidak adanya Allah. Begitulah juga
seluruh anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit, 7 petala
bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita.
Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada tempat yang tidak ada
Allah. Tidak ada masa yang tidak ada Allah. Tidak ada ruang yang tidak
ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada Allah. Tidak ada sudut yang
tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap masa,
setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.
Oleh itu, percayalah,
yakinlah, bilamana tuan-tuan melihat tempat. Sesungguhnya bukan tempat
yang tuan-tuan lihat. Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada
tempat. Allahlah yang tuan—tuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya
tuan-tuan lihat pada penjuru. Allahlah yang tuan-tuan lihat pada
sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan-tuan
melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang,
sebegitulah tuan-tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri dan
seluruh seru sekalian alam.
Pada hari ini, pada masa
ini dan pada saat ini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan menyeru kepada
diri saya sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah
Allah. Bilamana tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah.
Bilamana tuan-tuan melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana
tuan-tuan melihat ruang, ruang itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat
penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru dan ruang itulah Allah.
Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru sekalian Allah. Tempat
bukan Allah. Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah
tetapi itu tanda meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan pada
sekalian yang ujud dan pada sekalian yang maujud.
Kepada para sahabat, dan
kepada sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan waktu,
sudilah kiranya bawa diri tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah,
tiliklah lautan. Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan
ke arah persisiran pantai. Dengan penghayatan mata hati, insyaalah
kehadiran tuan-tuan untuk melihat lautan, mudah-mudahan tafsiran atau
kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan pula pada diri kita
sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya, sebagaimana
meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang dan buih itu,
sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.
Oleh itu, mulai pada hari
ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu,
leburlah dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana
meliputinya Allah atas dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang
ada hanya Allah (itulah ertinya Allah itu meliputi).
Sungguhnya Allah itu
terang, nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah
ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan
terpandang Allah. Lihat tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang
akan ternampak Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah, tidak ada
tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak ada Allah.
Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada segenap tempat
dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit dan bumi.
Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa masih
lagi tidak tertilik Allah?
Allah itu kenyataan
sekalian alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain,
kenyataan alam inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah?
Untuk mempercayai Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu
hendaklah Allah itu dikenal dan nyata, barulah kita benar-benar boleh
percaya dan yakin kepada Allah.
Kenal dan ingat Allah itu,
bukan hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau
angan-angan khayalan akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan
kenyataan sebenar-benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan
kenal dengan cara ditilik dengan sebenar-benar penglihatan yang jelas.
Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan diyakini dengan
sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi sesungguhnya
Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu (Allah bukan sesuatu
tetapi nyata pada tiap sesuatu).
MENGENALI ALLAH MELALUI DAKWAT
Tuan-tuan dan puan-puan
yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati penceritaan meliputinya
Allah, sudilah kiranya tuan-tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam
dan mengambil sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan
diikuti agar tuan-tuan mendapat barokah dalam penceritaan atau
penghayatan ilmu makrifat.
Sekarang, saya minta
tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang terlintas dihati tuan-tuan.
Pada kebiasaanya penulis atau pengarang sesebuah novel itu hanya tahu
sekadar membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi
perenggan, tetapi tidak ramai yang memandang di sebalik ayat dan di
sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya dengan hormatnya
memohon agar tuan menulis perkataan ini, “Saya sudah melihat Allah, Saya
sudah mengenal Allah, Saya sudah menyembah Allah”. Sudahkah tuan-tuan
tulis?
Jika belum ditulis, saya
mohon jangan diteruskan kitab ini dibaca. Bagi sesiapa yang belum
berbuat demikian hendaklah masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan
sebatang pen. Buat apa yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau
jalan guru-guru terdahulu mengajar muridnya. Itulah makanya, pelajaran
guru-guru terdahulu mendapat penghayatan dari pembelajarannya, sehingga
meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu ini
selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa
yang disarankan itu, tiliklah, lihatlah, pandanglah, perhatikanlah dan
bacalah baris-baris tulisan yang ditulis itu.
Apakah yang tuan-tuan
nampak? Nampak hurufkah, nampak tulisankah, nampak perkataankah, nampak
ayatkah, nampak perenggankah, nampak bariskah, nampak muka suratkah,
nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT, DAKWAT! Tidakkah semua
itu DAKWAT. Itulah ertinya dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian
tulisan, sekalian perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian
baris, sekalian muka surat, sekalian isi kitab. Sesungguhnya, apa yang
dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang ditilik itu
tidak lain daripada dakwat.
Begitulah jua meliputinya
Allah atas diri kita dan meliputinya Allah atas seru sekalian alam. Oleh
itu, bilamana melihat, hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat,
hendaklah terpandang Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah,
kerana Allah itu meliputi sebagaimana firman Allah:
“Fainamatuwallu, fasamma wajhullah”
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah”.
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah”.
Sekarang, tulis semula
perkataan “melihat”, dengan perkataan melihat itu kita hanya
membayangkan tentang mata. Tulis semula perkataan “mendengar”, dengan
tulisan mendengar itu kita hanya dapat membayangkan perkara telinga.
Dalam pembelajaran ilmu makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan
dalam pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan hendaklah jangan tumpukan
perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada pendengaran,
pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu makrifat, hendaklah
memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan mata, tulisan pendengaran
dan tulisan penglihatan itu, sebenar-benarnya “dakwat”.
Dakwatlah sebenar-benar
meliputi sekalian tulisan perkataan mata, tulisan perkataan telinga,
tulisan perkataan melihat, tulisan perkataan pendengaran.
Perkataan-perkataan yang tuan-tuan tulis itu, sebenarnya adalah dakwat.
Begitu jua perumpamaan meliputinya Allah pada sekalian diri dan pada
sekalian alam. Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada
dakwat. Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak
ada ruang tulisan penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada
dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi dakwat (segala-galanya
dipenuhi dan diliputi Allah).
Beginilah caranya guru-guru
terdahulu mengajar melihat, menilik dan memandang Allah pada segenap
dan sekalian yang maujud di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud
(diadakan) dan maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah
makanya, yang memandang dan yang dipandang itu adalah dakwat. Yang
ditilik dan menilik itu adalah dakwat. Yang dilihat dan melihat itu
adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah itulah dakwat. Yang ingat dan
diingati itulah juga dakwat. Inilah yang dikatakan meliputinya Allah
Taala.
Pada hari ini, jam ini,
masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah dan ketahuilah dengan
sebenar-benar bahawasanya Allah saja yang bersifat wujud (ada), ujud
(diadakan) dan maujud (mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah,
cara dan jalan percaya kepada Allah Taala. ITULAH ALLAH.
No comments:
Post a Comment