awal gelar al amin akhir di gelar pendusta
Pada awalnya, Baginda
Rasulullah sebelum menjadi rasul, Baginda digelar Al-Amin oleh seluruh
penduduk Mekah pada ketika itu. Setelah beliau diangkat menjadi Rasul,
membawa kebenaran, Baginda dituduh sebagai seorang penipu, pendusta,
sihir, membuat-buat cerita atau mengadakan-adakan cerita, penipu serta
membawa ajaran salah dan sesat.
Cuba tuan-tuan fikir,
apakah setelah menjadi Rasul, Muhammad yang pada asalnya bergelar
Al-Amin itu bertukar kepada Muhammad yang lain? Bukankah Muhammad dahulu
itu, adalah Muhammad yang sama jua, tetapi kenapa setelah diangkat
menjadi Rasul, Muhammad yang dulunya bergelar Al-Amin, tidak lagi
dipanggil Al-Amin?
Antara sebab tidak lagi
dipanggil Al-Amin oleh penduduk Mekah pada masa itu, adalah kerana
Muhammad membawa kebenaran. Semasa tidak membawa kebenaran, mereka
menggelar Baginda Rasulullah sebagai Al-Amin, tetapi setelah bergelar
Rasul, mereka tidak lagi memanggil Al-Amin sebaliknya memanggil
Rasulullah dengan panggilan pendusta, penipu dan sihir.
Begitu juga dengan
ahli-ahli makrifat. Setelah mereka memberi kebenaran, maka itulah
sebabnya dituduh sesat dan salah! Jika kita memberi kebenaran, ajaran
yang betul dan ajaran yang benar, maka di situlah akan dituduh sesat,
salah dan tidak benar. Jadi fenomena inilah yang dihadapi oleh pejuang
makrifat.
No comments:
Post a Comment