melihat allah
Jika kita melihat Allah
dengan biji mata, bererti Allah itu makhluk. Allah tidak dapat dilihat
dengan mata, kerana Allah bukan makhluk, melainkan Allahlah yang melihat
diriNya sendiri (Allah melihat Allah). Hanya Allah mengenal Allah dan
hanya Allah melihat Allah.
Kita bersifat tidak ada
(kita bersifat tidak wujud), mana mungkin yang bersifat tidak wujud
melihat yang wujud! Mana mungkin yang tidak ada boleh melihat yang ada!
Kita bersifat tidak wujud dan kita bersifat tidak ada, mana mungkin yang
tidak ada boleh mengenal atau boleh melihat yang ada! Yang ada sahaja
yang mengenal dan melihat yang ada. Yang wujud sahaja yang mengenal yang
wujud.
Belajarlah mengenal Allah,
supaya kita dapat mengenal Allah dengan Allah. Nabi musa bukan melihat
Allah dengan mata tetapi melihat Allah dengan ilmu. Persoalannya disini,
ilmu itu apa dan ilmu itu siapa? Dalam sifat 20 mengatakan bahawa ilmu
itu adalah sifat Allah (ringkas kata, ilmu itu sendiri adalah Allah).
Ilmu itu, itulah Allah. Nabi musa melihat Allah dengan ilmu, sedangkan
ilmu itu, itulah Allah. Jadi melihat Musa kepada Allah itu dengan Allah
(Allah melihat Allah).
Makhluk manusia tidak akan
mungkn boleh melihat Allah kerana Allah bersifat batin (ghaib) sedangkan
manusia melihat melalui mata. Sedangkan mata yang bersifat zahir tidak
boleh melihat yang batin (ghaib). Melainkan yang ghaib sahaja yang
mengenal ghaib dan yang batin sahaja yang mengenal batin.
No comments:
Post a Comment