Tuesday, 13 September 2016

Inilah Jawapan Satu Nama Allah Yang Tersembunyi


Tanggal 3hb Dec. bersamaan hari isnin, pukul 1.15 tengah hari. Bilamana satu hari suntuk yang bermula dari semalam, saya mengambil peluang untuk membaca  reply/feedback yang tuan-tuan kirim, yang selama ini belum kesempatan untuk saya membacanya. Terpanggil untuk menjawab persoalan manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!.
Setelah saya buka dan baca feedback yang dikirim oleh para peminat ilmu kosong saya, sesungguhnya saya sendiri terperanjat dan terkejut, bilamana mendapat tahu yang bahawasanya ramai sahabat-sahabat diluar sana begitu menanti-nanti jawapan ini dan ada yang mengharap dan mendoakan supaya saya jangan berhenti dari terus berkarya!. Syukur kepada Allah swt, rupa-rupanya setelah saya melihat carta pembaca, mereka-mereka yang membuka laman web saya ini, pada tanggal 3hb Dec  jam 1.29 tengah hari, ianya sudah mencecah kepada angka 40,561 orang pembaca.
Betapa ramainya orang diluar sana yang mengkagumi dan menilai secara diam ilmu makrifat Tok Kenali!. Tok Kenali adalah dikenali melalui ilmu makrifatnya bukan dari ilmu kekuatan berjalan atas air, tembak tak meletup atau keretapi tak boleh berjalan selagi beliau tidak naik atau kekuatan memasukkan kembali ulat yang jatuh dari daging kakinya!. Kekuatan atau kehebatan Tok kenali itu, adalah ada pada ilmu makrifatnya!.
Ilmu makrifat itu, bukannya harta pusaka, yang boleh diturunkan kepada anak cucu!. Ilmu makrifat itu, adalah milik Allah, yang diturunkan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya!. Biarpun muridnya ramai,anak atau  cucu serta keturunannya  ramai, namun belum tentu mendapat bahagian dalam ilmu ini!.
Alhamdullilah, seorang putera yang bernama Hj. Mohd Yusof Cik Wook, peranakan Banggol Cica Pasir Mas Kelantan, yang membesar dan menetap di Tumpat Kelantan, berkesempatan menuntut ilmu dengan beliau (Awang Mohd Yusuf Kenali) sesudah sedari kecil menuntut ilmu dengan Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman nama asalnya).
Saya Hj, Shaari yang sedang berada dihadapan hati tuan-tuan sekarang, adalah anak kepada Hj. Mohd Yusof Cik Wook, generasi ketiga ilmu makrifat Tok Kenali kelantan. Namun ilmu saya, tidak hebat sebagaimana ilmu tuan-tuan, melainkan ilmu saya itu, hanya sekadar ilmu perumpamaan tin yang kosong!.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum menjawab satu nama Allah yang tersembunyi itu, izinkan saya untuk bertanya beberapa soalan?.
1) Soalan pertama: Manakah lebih besar dan manakah yang lebih afdal, antara nama Allah yang teresmbunyi berbanding dengan Allah itu sendiri?.
Saya mohon dan minta sangat-sangat kepada  tuan-tuan dan puan-puan sekalian menjawab soalan saya. Sesiapa yang sedang membaca blog ini, supaya jawab terlebih dahulu soalan yang saya kemukan, sebelum meneruskan bacaan karangan ini!. Jika tuan-tuan inginkan keberkatan ilmu dan barokah guru-guru terdahulu, sila patuh dan ikut apa yang saya sarankan ini!. Barulah mendapat barokah dan barulah beroleh kefahaman ilmu makrifat dengan izin Allah!.
Selalu kita dengar orang mengadu, bahawa mereka tidak faham bilamana mempelajari ilmu makrifat. Sebab apa setengah dari setengahnya mengadu tidak faham, sedangkan orang lain boleh faham?. Sebab mereka tidak faham adalah kerana mereka tidak patuh kepada saranan guru!. Untuk itu, bagi mendapat barokah faham, ikut dan patuhlah setiap apa yang saya sarankan. Itulah cara guru-guru terdahulu mengajar anak muridnya. Inilah cara, kaedah atau berfatonahnya guru-guru terdahulu dalam mendidik anak muridnya. Sedari kecil saya mengikuti syarahan atau ceraman ayahnda saya, beliau juga sebelum berceramah bab ini, beliau bertanyakan soalan yang sama sebagaimana saya tanya kepada tuan-tuan sidang pembaca yang budian sekalian!. Oleh itu, sila jawab setiap pertanyaan saya. Sekarang saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian,  mana lebih besar antara nama Allah yang tersembunyi dengan Allah itu sendiri?. Jawab……………………………………………
Seandainya jawapan tuan-tuan itu, memihak kepada Allah itu sendiri lebih besar berbanding nama yang tersembunyi, kenapa dahulukan nama berbanding tuan yang empunya nama?. Untuk itu, sepatutnya kita pelajari dulu tuan yang empunya nama. Dengan mempelajari dan mengenali tuan yang empunya nama, dengan sendirinya nama yang tersembunyi itu, tidak lagi bersembunyi!. Seandainya kita kenal kepada tuan yang empunya badan, dengnan sendirinya samaada nama yang tersembunyi, mahupun nama yang nyata, pasti akan datang sendiri!…………….

No comments:

Post a Comment