SEUMPAMA PERUMPAMAAN API!
2) Persoalan kedua: Sekarang saya mahu tuan-tuan sebut perkataan api!. Dengan menyebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Cuba jawab pertanyaan saya?………………………. Sebut perkataan tajam, apakah dengan sebutan nama tajam itu, ianya boleh mendatangkan luka?, Cuba jawab pertanyaan saya?…………………………..
Apakah yang besar, apakah yang lebih dan apakah yang ada pada nama?. Nama tidak boleh mendatangkan bekas?. Begitu juga dengan nama Allah, baik nama nyata, apa lagi nama Allah yang tersembunyi!. Apa ada pada nama, nama bagi Allah itu, tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas dan tidak boleh mendatangkan apa-apa kesan!, melainkan Allah itu sendiri!. Saya bertanya lagi, apakah tuan-tuan ingin mengejar nama atau tuan-tuan ingin mengejar tuan yang empunya nama?. Sila jawab?………………………
Baiklah, sekarang bagi sesiapa yang ada mancis api, saya minta tuan-tuan nyalakan dan cuba tuan-tuan sentuh, apakah tuan-tuan merasa panasnya api?. Semasa tuan-tuan sebut nama api, apakah ianya boleh mendatangkan panas?. Ini bagi menunjuk dan membuktikan kepada kita bahawa, apa yang ada pada nama. Cuba jawab, apa ada pada nama?. ………………Itulah makanya, saya sarankan supaya tuan-tuan mengenal panasnya terlebih dahulu, baru nama api itu menyusul sendiri.
Bukan panas yang tersembunyi disebalik nama api, sesungguhnya nama apilah yang tersembunyi disebalik panas!. Kita nak kenal api, mari kita kenal panasnya dulu. Sebelum mengenal nama, mari kita kenal orangnya terlebih dahulu!. Sesudah mengenal sifat panas, nama api itu, akan menyusul dengan sendiri. Mari kita kenal Allah terlebih dahulu, baru satu nama Allah yang tersembunyi akan menyusul dengan sendiri!.
3)Pertanyaan ketiga: Cuba sebut perkataan kaya, apakah dengan menyebut perkataan kaya, bermakna duit sudah bertaburan dihadapan mata kita?.
Cuba sebut nama harimau, apakah dengan menyebut nama harimau itu, mendatangkan hati tuan-tuan merasa takut?. Cuba sekiranya tuan-tuan berdiri dihadapan harimau, biarpun tuan-tuan tidak menyebut nama harimau, beranikah tuan-tuan berdiri dihadapan harimau dan berdiri dihadapan tuan yang empunya nama (iaitu berdiri dihadapan harimau itu sendiri)?. Mana lebih besar, mana lebih afdal dan mana lebih berfungsi diantara nama dengan tuan yang empunya nama!. cuba jawab…………………………………….
Makanya, apalah yang ada pada nama!………………………………………..Semua orang berkejar-kejar mencari nama yang tersembunyi!. Sedangkan tidak ramai yang menilik bahawa terlindungnya nama yang tersembunyi itu, hanya desebalik tubuh tuan-tuan sendiri. Sayangnya tidak ada orang yang mahu melihatnya!.
Seumpama saya yang bernama Hj. Shaari, kebanyakkannya orang-orang diluar sana hanya mengenal saya melalui nama. Sekiranya saya berdiri dihadapan tuan-tuan sekalipun, tuan-tuan tidak dapat menyedari kehadiran saya. Sekiranya tuan-tuan kenal tuan yang empunya nama, sesungguhnya tuan-tuan tidak lagi perlu kepada menyebut nama. Tak tahu nama saya sekalipun, tuan-tuan boleh tahu yang saya itu hj. Shaari. Begitu juga diri Allah berbanding nama Nya, Betul tak?, sila jawab………………………
Untuk megetahui satu nama Allah yang tersembunyi, mari kita belajar terlebih dahulu mengenal tuan yang empunya nama, barulah satu nama Allah yang tersembunyi itu, tidak lagi akan teresmbunyi, malahan ianya akan menyusul sendiri dengan nyata. Betul tak?……………………………
Sebelum mengenal satu nama Allah yang tersembunyi, apa kata kita timbulkan kembali terlebih dahulu batu yang tengelam!. Kita belajar terlebih dahulu cara-cara memotong batang pokok didalam benih!. Mahu tak!.sila jawab?…………………………..saya tidak lagi mahu berahsia dengan tuan-tuan, kali ini saya akan jawab, manakah yang dikatakan satu nama Allah yang tersembunyi!. Tetapi dengan syarat. Syaratnya, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu mempelajari ilmu menimbulkan kembali batu yang dicampak kedalam air, supaya ianya dapat kembali timbul dipermukaan air dan mempelajari ilmu menebang batang pokok didalam benih?………………………
Apakah tuan-tuan nak tahu, bagaimanakah caranya untuk menimbulkan batu yang tegelam?. Apakah tuan-tuan mahu tahu cara-cara menebang batang pokok didalam benih?……………Ayoh mari kita sama-sama ikuti cerita seterusnya.
Bukan mudah nak saya lepaskan satu nama Allah yang tersembunyi, melainkan tuan-tuan terlebih dahulu melalui proses-proses berikut;
No comments:
Post a Comment